Pages

Wednesday, 21 December 2011

~ CILI API ~


NI BUKANNYA NAK CRITA PASAL MASAK..TP PASAL IRFAN.. SMALAM IRFAN KENA CILI NGAN PAPA... SBB CAKAP YG BUKAN2... MEMANG SEDIH TGK DIA.. IRFAN NANGIS.. PASTU IRFAN CAKAP.. TOLONG MAMA.. TOLONG ADIK PEDAS..TP SBENARNYA BG DIA PENGAJARAN JGN CAKAP YG BUKAN2. AII ANAK MAMA...HARAP2 KAMU JADI ANAK YG SOLEH... AMIN... SAYANG KAMU..

Thursday, 29 September 2011

~ HATI YG TERLUKA ~

ye hati yg terluka utk kali ketiga.. bila di tanya mau transfer x... knp mesti saya.. bkn org lain...saya suka tempat saya skarang... saya x mau transfer... tolong lah faham.. saya sayang kawan2 saya di sini.. nak nangis....

Saturday, 10 September 2011

~ Selamat Hari Raya 1432Hijrah Part 2 ~

Hari ni 10.09.2011 bersamaan 12 Syawal...... br lah ada masa nak crita pasal raya...
tahun ni seminggu beraya di negeri 9.. Memang syok, raya umah mak ayah sendiri...


ni anak bujang saya di pg raya...tak bersamping tak bersongkok.. buat ragam pg2 raya...


gamba kami 1 family.. saya sgt besar... ;-(..
tu je lah crita raya...
sbb x ada gi mana2 pun duk umah je...

Saturday, 27 August 2011

~ Selamat Hari Raya 1432Hijrah ~


Hari ni dah 27 ramadhan.... cepat betul masa berlalu... cepat ramadhan nak meninggal kan kita semua... Raya bakal menjelma. semoga kita diberi kesempatan menemui ramadhan di tahun hadapan.. insyallah... hari isnin blk kg halamn di negeri sembilan.. tahun giliran raya di sana kg halaman saya.. tak sabar rasanya.. harap perjalanan kami pada hari isnin nanti dipermudah kan.. amin.. Selamat hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & batin...

Friday, 26 August 2011

~ mood raya *sedih* ~


perasaan tu lah yg saya dapat hari ini... memang x ada mood langsung nak raya... hanya kerana mesej saya jd sedih, sakit hati , geram.... sabar lah wahai hati.. sabar itu indah...

Monday, 22 August 2011

~ raya ohh raya.... ~

alhamdulilah dah 22 hari ramadhan... hari ni pas keja nak gi jusco last shopping for hari raya..ada je brg yg x beli.. aishh anak br sorang klu ramai mau hari2 shopping... hee hee alasan...

Tuesday, 2 August 2011

~ Ramadhan 1432 Hijrah ~

Alhamdulillah masih berkesempatan utk menunaikan ramadhan tahun ini...
tahun ni puasa mcm biasa lah di jb..raya pulak insyallah di negeri sembilan..
dah 2 hari puasa, 2 hari sakit kepala.. knp lah .. dugaan sungguh..
harap2 dapat kesihatan yg baik...Aminn...

Saturday, 9 July 2011

~ Kejadian 3rd July 2011 ~

Baru lah ada kesempatan nak cerita pasal birthday (intan + pika) and our anniversary... semuanya on July so celebrated lah skali...mari layan pic2 masa kejadian tu on 3rd july 2011... lokasi umah cik ain...


Ni lah besday girl masa kejadian tu intan and pikah...masa ni tgh bersiap.. nak cantik2...




besday girl potong kek... elmo cuppies.. order from kak liza again...



Pastu turn kitaorg plak sefamily potong kek...






pas potong kek n makan2.. ada game rebut kerusi plak..dianjurkan oleh cik zura..


ni lah penganjurnya...


masa game berlangsung ni lah aksi2 nya..


ni lah juaranya...cik ain...
sekian lah cerita kejadian 3rd july 2011..

Tuesday, 5 July 2011

~ 3 years together ~

Today our anniversarry...Ni pic 3 tahun lepas....


hari akakd nikah....


ni hari sanding kat negeri sembilan...


ni plak kat johor...

kejap je dah 3 tahun bersama.... semoga perkahwinan ni kekal utk selamanya..... insyallah....


ni gamba skarang...

Monday, 20 June 2011

~ PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) ~

start ari sabtu irfan demam...mama pun bg lah ubat demam mcm biasa..sbb dia br je baik demam..so ubatnya ada lg... skali bila malam tu irfan asyik ckp mulut dia sakit.. tgk2 gusi dia bengkak, ingat tumbuh gigi... esoknya ari ahad tgk kat tapak tn n kaki.. ada tanda merah2.. terus g clinic doc sahkan irfan kena PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD).. If 3 hari tak baik jgk kena masuk wad...Sgt lah risau..cepat lah sembuh Irfan mama..ada masa lg 2 hari je..

INFO PASAL HFMD:

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM.
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan

Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

� Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).

� Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
� Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

� Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

� Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

� Kesakitan pada mulut semakin teruk.

� Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis
Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

� Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

� Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

� Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

� Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

� Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
� Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

� Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

� Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

� Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

� Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

� Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

Wednesday, 8 June 2011

~ Rapuh ~

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka, tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, 25 May 2011

~15 minit ~

ye 15 minit lg nak blk.. dah x tahan ni mengantuk sgt..ini semua gara2 1 peristiwa lama berulang kembali...menunggu cik suami blk.. so saya tido lambat... bila tido lambat saya menagantuk...

Friday, 6 May 2011

~ happy bithday ~

happy birthday to aniq nur irfann.... 2 years old already.... pic2 masa celebrated birthday irfan...







Saturday, 16 April 2011

~ 16.04.2011 ~

Today is my Aniq Nur Irfan birthday.. 2 years old... ras a br je lahir kan irfan, tp dah 2 tahun masa ber lalu..

~ 1day after delivery.. 3.51 kg, 50cm tinggi ~


~ ni plak skarang... dah besar.. ~

mama doa kan irfan menjadi anak yg soleh... berjaya dunia dan akhirat..panjang umur,murah rezeki,chat slaluu..amin.. luvv u so much my dear..

Thursday, 14 April 2011

~ sesi brgamba ~

hari ni ada sesi bergamba kat kilang....ni lah gamba2 nya...


~ with our big boss ~




Monday, 11 April 2011

~MR @ MS ~

mcm biasa lah kat opis salah 1 keja, anta email.. ayat permulaan yg biasa

Dear Ms Sutisna,

Good day,
.............................................
.............................................
..............................

Thank you,
regards,
Ms Shamsima...

'sent'...

after 1/2 hour dapat reply email from sutisna...

Nice to talk with you
Thanks for your reply,
We will confirm you after we receive the samples part.

btw, i am mr not ms.....

thanks and regards
sutisna.


haaa sutisna is mr...malunya... soooo pengajaran nya check lah dulu mr @ ms... jgn tgk pada nama je...

Thursday, 31 March 2011

~ linsempoi.blogspot.com ~

Title kat atas tu blog SIL punya. br tau smalm.. I LIKEEEEE.... 
Sbb apa saya LIKEEEEE sbb saya 'silent reader' ...ni baru lah ada semangat nak wat blog sendiri... ;-) hope pasni ada plak org bc blog saya yg x sebrapa ni..ishh syahdu plak..

Friday, 25 March 2011

Day 1st....

Ni blog br saya..pasni nak try mcm2 by his blog...
sblm ni dah ada blog..tp x aktif...
harap yg ni aktif...